Ilmu Nahu
Dalam mempelajari Bahasa arab, ilmu nahu sangat penting untuk dikuasai. Jadi untuk pembaca yang baru nak berjinak2 dengan bahasa arab , dan nak tau macam mana penyusunan ilmu tatabahasa/ grammar dalam bahasa arab, ha jawabnya kenal2 lah dengan ilmu nahu dan sorof .
Kalau anda tanya kenapa perlu belajar bahasa arab? Jawabnya sebab penguasaan bahasa arab itu adalah syarat mutlak untuk memahami agama islam.
Kalau korang muslim ofc wajib belajar agama kan? Kalau tidak, apalah erti hidup kita ini tanpa agama. Dan kalau nak tau, ilmu bahasa arab adalah kunci untuk korang kuasai semua ilmu2 yang lain. Senang cakap siapa yang pandai bahasa arab, insyaallah mudah bagi dia untuk belajar ilmu2 lain lebih2 lagi ilmu agama macam tauhid, sirah, balaghah, usul fiqh, tafsir alquran dan banyakkk lagi . jenuh min kalau nak list semua kat sini hehe,
Jadi sebenarnya sangatlah baik untuk kita utamakan kuasai bahasa arab sebelum bahasa yang lain.
Pengertian Ilmu Nahu
Secara istilahnya , ilmu nahu didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari prinsip-prinsip untuk mengenal kalimah2 bahasa arab dari sisi i’rob dan bina’nya .( Jamiud Durus, Syaikh Mustafa)
Tapi secara mudahnya, kalau kita dah pro dalam ilmu nahu nanti, kita boleh tahu macam mana nak bunyikan bahagian akhir/huruf akhir dari satu kalimah bahasa arab.. Contoh :
الحمد لله رب العالمين
Korang baca kalimah yang pertama tu alhamdu kan? Kenapa alhamdu dibaca dhommah(du) bukannya kasroh(di) atau fathah(da) ?? jawabnya sebab kata alhamdu kat situ berperan sebagai mubtada’ atau yang mengawali suatu ayat, menyebabkan ianya mesti dibaca dhommah. Ini dipelajari dalam ilmu nahu.
Kalau ilmu nahu untuk tahu baris akhir, habistu huruf kat tengah dan awal kalimah tu macam mana kita nak tahu barisnya kak?
Haa untuk tahu tu kenalah belajar ilmu sorof. Semak pembahasannya di sini
Sejarah lahirnya ilmu Nahu
Bangsa arab merupakan bangsa yang memilki nilai sastra yang tinggi. Di zaman Arab kuno setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka berkumpul dan membanggakan syair-syair yang ada diantara mereka. Salah satu pasar seni yang terkenal adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal.
Namun ketika Islam datang dan menyebar ke negeri Parsi dan Rom, terjadinya pernikahan orang Arab dengan orang bukan Arab, serta terjadi perdagangan dan pendidikan, menjadikan Bahasa Arab bercampur baur dengan bahasa bukan Arab. Orang yang fasih bahasanya menjadi buruk kerana banyak terjadi salah ucap, sehingga keindahan Bahasa Arab lama kelamaan hilang.
Dari keadaan inilah mendorong adanya pembuatan kaedah-kaedah yang disimpulkan dari ucapan orang Arab yang fasih yang boleh dijadikan rujukan dalam mengharakati bahasa Arab, sehingga muncullah ilmu pertama yang dibuat untuk menyelamatkan Bahasa Arab dari kerosakan, yang disebut dengan ilmu Nahu.
Para ulama hampir bersepakat bahwa penyusun pertama ilmu nahu adalah Abul Aswad Ad Dualy (67 H) dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali Rhadiyallahu ‘anhu.
Ada 2 kisah yang min nak cerita kat sini, siap2 air, gula2 ke ape lah biar tak ngantuk huhu
- Kisah abu aswad dan puterinya
Suatu kisah yang dinukil dari Abul Aswad Ad-Duali, bahwasanya ketika ia sedang berjalan-jalan dengan anak perempuannya pada malam hari, sang anak mendongakkan wajahnya ke langit dan memikirkan tentang indahnya serta bagusnya bintang-bintang. Kemudian ia berkata,
مَا أَحْسَنُ السَّمَاء
“Apakah yang paling indah di langit?”.
Dengan men’dhommah’kan nun, yang menunjukkan kata tanya.
Kemudian sang ayah menjawab,
نُجُوْمُهَا يَا بُنَيَّةُ
“Wahai anakku, Bintang-bintangnya”.
Namun sang anak menyanggah dengan mengatakan,
إنَّمَا أَرَدْتُ التَّعَجُّبَ
“Sesungguhnya aku ingin mengungkapkan kekaguman”.
Maka sang ayah mengatakan, kalau begitu ucapkanlah,
مَا أَحْسَنَ السَّمَاءَ
“Betapa indahnya langit”. Dengan mem’fathah’kan nun… Bukan,
مَا أَحْسَنُ السَّمَاءِ
“Apakah yang paling indah di langit?”.
Sejak kejadian itu, Abul Aswad lalu datang kepada sahabat dan Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali, Seraya berkata “ Wahai Amirul Mukminin, bahasa kita telah tercampur dengan yang lain”, sambil menceritakan kejadian antara dia dan puterinya, maka buatlah saya sebuah ilmu, kemudian Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali membacakan:
اَلْكَلاَمُ كُلُّهُ لاَيَخْرُجُ عَنِ اسْمٍ وَفِعْلٍ وَحَرْفٍ الخ عَلَى هَذَا النَّحْوِ
“Kalam itu tidak boleh lepas dari kalimat Isim, Fi’il, dan Huruf, dan teruskanlah untuk sesamanya ini”.
Kemudian Abul Aswad Ad-Dauli mengarang bab Istifham dan Ta’jjub.
- Kisah Sahabat membaca ayat quran dengan harakat yang salah
Di kisahkan pula dari Abul Aswad Ad-Duali, ketika ia melewati seseorang yang sedang membaca al-Qur’an, ia mendengar sang qari membaca surat At-Taubah ayat 3 dengan ucapan :
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلِهِ
Dengan mengkasrahkan huruf lam pada kata rasuulihi yang seharusnya di dhommah. Menjadikan artinya “…Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang-orang musyrik dan rasulnya..”
Hal ini menyebabkan arti dari kalimat tersebut menjadi rosak dan menyesatkan. Seharusnya kalimat tersebut adalah,
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلُهُ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.”
Kerana mendengar perkataan ini, Abul Aswad Ad-Duali menjadi ketakutan, beliau takut keindahan Bahasa Arab menjadi rosak dan gagahnya Bahasa Arab ini menjadi hilang, padahal hal tersebut terjadi di awal mula daulah Islam.
Lalu beliau mengarang bab Athof dan Na’at, yang pada setiap karangan selalu dihantarkan pada Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali sehingga beliau yang melengkapkan pembahasan ilmu Nahwu.
Pada pekembangan selanjutnya, banyak orang yang menimba ilmu dari Abul Aswad, diantaranya Maimun Al-Aqron, kemudian generasinya Abu Amr bin Ala’, kemudian generasinya Imam al Kholil al Farahidi al Bashri (peletak ilmu arudh dan penulis mu’jam pertama), kemudian generasinya Imam Sibaweh dan Imam Al-Kisa’I (pakar ilmu nahwu, dan menjadi rujukan dalam kaidah Bahasa Arab)
Kesimpulan
Maka sahabat, tetaplah bersemangat dalam mengkaji ilmu bahasa arab kerana dari bahasa arablah lahir ilmuwan2 islam yang menggoncangkan dunia dalam pelbagai bidang. Dan janji allah daulah islam itu akan kembali tertegak, maka dengan mengkaji ilmu bahasa arab semoga ia menjadi persiapan kita dan wasilah untuk memudahkan kita melaksanakan tugas dakwah dan tugas khalifah untuk memakmurkan bumi ini dengan amar makruf nahi mungkar. Insyaallah allahul musta’an