Sejarah Palestin dan Baitul Maqdis

Selasa, 5/12/2023

Peta 1 : Setelah perang dunia ke-2, pemilikan tanah di Israel-Palestin adalah kira-kira 6% Yahudi, dan 94% Palestin. Walaupun terdapat penghijrahan besar-besaran oleh orang Yahudi ke rantau ini dalam beberapa dekad sebelumnya.

Peta 2 : Pelan pembahagian PBB pada tahun 1974 memperuntukkan 53% tanah kepada negara majoriti Yahudi, dan 47% tanah kepada negara majoriti Palestin. Pada masa ini, orang Yahudi hanya mewakili 33% daripada penduduk Israel-Palestin. Negara-negara Barat mengundi menyokong rancangan itu manakala hampir semua negara Asia dan Afrika mengundi menentangnya.

Peta 3 : Dalam konflik bersenjata 1948, Israel mengalahkan lawannya dan merampas sejumlah besar tanah yang dimaksudkan untuk negara majoriti Palestin. Sekurang-kurangnya 700,000 rakyat Palestin menjadi pelarian antara 1947-1949, namun Israel tidak pernah membenarkan pelarian ini pulang. Pada tahun 1967, Israel menyerang Tebing Barat dan Gaza, dan telah mengawal wilayah ini secara ketenteraan sejak itu.

Peta 4 : Dengan pendudukan tenteranya di tebing barat , israel terus merampas tanah dengan tanah jajahan haram Yahudi sahaja (a.k.a penempatan) jalan Yahudi sahaja, zon “security” dan tembok sepanjang 700 km. Rakyat Palestin dipisahkan dari tanah mereka, sekolah mereka, perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan komuniti Palestin yang berdekatan dengan apa yang kini dipanggil oleh sesetengah pihak sebagai “matriks kawalan” Israel.

Kenapa baitul maqdis menjadi perebutan??

Merupakan kota suci tiga agama terbesar di dunia,

Islam

Kristian

Yahudi

Perlu diingat , bahawasanya ketiga-tiga agama ini merupakan agama samawi yang datang dari Allah swt. kepada para rasul-Nya. Bermaksud ianya dari pencipta dan tuhan yang sama Cuma ajarannya berbeza disebabkan banyak faktor.

Persoalan yang dibincangkan di sini ialah

  1. Apa yang terjadi di baitul maqdis/alquds/jerusalem/gaza?
  2. Kenapa sentiasa berperang?
  3. Apa kaitan baitul maqdis dengan kita?

BAITUL MAQDIS KOTA SUCI YAHUDI

Haikal Sulaiman, Kuil suci tempat menyembah Allah , dibina di baitul maqdis oleh nabi sulaiman ketika menjadi raja bani israel

Orang Yahudi meyakini bahawa jerusalem adalah tanah yang dijanjikan oleh allah dalam kitab mereka kepada orang2 yahudi /bani israel

Berdasarkan sumber Yahudi, Bait Suci pertama dibangun oleh Sulaiman (Salomo) putra Dawud (Daud) pada tahun 957 SM dan dihancurkan Babilonia pada 586 SM. Bait Suci kedua dibangun pada tahun 516 SM dan dihancurkan oleh Kekaisaran Romawi pada tahun 70 M. Umat Yahudi dan Kristen juga percaya bahwa peristiwa Ibrahim (Abraham) yang hendak menyembelih putranya, Ishak, juga dilakukan di tempat ini. Masjid Al Aqsa juga memiliki kaitan erat dengan para nabi dan tokoh Bani Israel yang juga disucikan dan dihormati dalam ketiga agama.

BAITUL MAQDIS DAN BUKIT GOLGATA KOTA SUCI NASRANI

Tanah suci tempat akhir penjamuan yesus kristus dengan pengikutnya sebelum dikhianati oleh judais iskariot

Bukit Galgota: Tapak Yesus Kristus disalib

BAITUL MAQDIS KOTA SUCI ISLAM

  1. Tempat suci umat islam yang ketiga setelah Mekah dan Madinah
  2. Kiblat pertama umat islam sebelum berpindah ke kaabah (Mekah) setelah 16 bulan hijrah ke madinah
  3. Tempat di mana Rasulullah SAW dimi’rajkan ke langit pada 27 Rajab tahun ke-11 kenabian dan tempat di mana rasulullah mengimamkan solat kesemua para nabi dan rasul

Quran surah Al-Isra’ : 1

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayuh sahabat kita imbas kembali pengetahuan kita tentang isra’ mi’raj..

Isra’ itu bererti perjalanan nabi muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin

Manakala Mi’raj bererti Nabi Muhammad SAW diangkat dari Masjidil Aqsa ke 7 petala langit , kemudian ke sidratul muntaha untuk bertemu Allah , kemudian diturunkan kembali pada malam yang sama di Masjidil Haram di Mekah., Subhanallah.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda ,

“Tempat yang layak dijadikan tujuan safar hanyalah tiga masjid, yaitu Masjid Kabah (Masjidil Haram), Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid Iliya (Masjid Al Aqsa).” ( HR Muslim )

Masjid as-Sakhrah : Tapak ini dibersihkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab ketika Islam sampai di Baitul Maqdis. Di dalamnya terdapat batu tapak di mana Rasulullah dimi’rajkan ke langit sidratul muntaha.

Dari gambar tu kita boleh nampak yang masjidil aqsa ni adalah satu kompleks masjid berkeluasan 144000 meter persegi bukannya spesifik nama bangunan sebuah masjid. Orang2 sering keliru di mana masjid yang berkubah hitam itu merupakan masjid jami’ al-qibli bukannya masjidil aqsa.

Jadi yang disucikan oleh ketiga2 agama adalah keseluruhan kompleks masjidil aqsa .

Saat kemenangan umat Kristen pada Perang Salib Pertama pada tahun 1099, pengelolaan Masjidil Aqsha lepas dari tangan umat Islam. Jami’ Al Aqsa ( masjid qibliy) diubah menjadi istana dan dinamakan Templum Solomonis atau Kuil Sulaiman (Salomo).

Sedangkan Kubah Shakhrah diubah menjadi gereja dan dinamakan Templum Domini atau Kuil Tuhan. Masjidil Aqsa menjadi salah satu lambang penting di Yerusalem dan gambar Kubah Batu tercetak dalam koin yang dikeluarkan oleh Kerajaan Kristen Yerusalem.

Masjidil Aqsha dikembalikan fungsinya seperti semula setelah umat Islam berhasil mengambil alih kepemimpinan kompleks ini pada masa Shalahuddin Al Ayyubi. Setelah itu, umat Islam mengelola Masjidil Aqsha sebagai wakaf tanpa gangguan hingga pendudukan Israel atas Yerusalem pada 1967.

Sebagai bakal generasi pembebas Masjidil Aqsa, dengan mewarisi semangat daripada para pejuang terdahulu , sultan Muhammad Alfatih dan Salahuddin Al-ayubi, harusnya kita telah memahami betul terkait sejarah berkenaan dengan palestin. Jadi sahabat, luanglah masa untuk belajar dan mengkaji, agar kelak impian kita melihat bumi palestin aman semula dapat tercapai dengan penuh wibawa para pejuang serta laungan takbir yang bergema membakar semangat, insyaallah , allahumma amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *